We will always together FOREVER!!!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Ashraff Iman

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday 26 December 2012

Treasure Hunt 2012

Huahuahua.. dimulakan dengan kisah Treasure Hunt 2012 anjuran Mewah Oils (M) Sdn Bhd (tmpat koje aku lettew)
Lost at Mewah, Found in Malacca - katenye.. :)
So we start at Mewah pkol 8 sume da kumpul.., jadual patot kol 8.30 da gerak tp dek kerna cuaca ujan kamiorng gerak la kol 9 lebih..

Enjoy pic at starting point kamiorg..




We are JOY RIDER!!!!!!!!!!!!!
Okeh lps2 amik gmbo nih kamiorg pon gerak r p station pertama : Shah alam seksyen 20
punye la terpusing2 cari jawapan smpai jumpe.., semangat nk menang punye pasal kan + kiteorng team kedua smpai destinasi tu kan.. harusla SEMANGAT..

Selesai Seksyen 20  - go to : Seksyen 9 Shah Alam, kt sini lg la soklan bikin panas.. (soklan belit2 cam tutttt) jwp pn ade yg men hentam sbb kunun2 nk cepat....

Habis nih kne submit 10 soklan Shah Alam + 5 soklan trivia Melaka di... Seksyen 7 Shah Alam.., ingat men hantar gitu je upenye kne wat bnde ni...
Pintball - kne tembak botol 20kali tepat!
naseb baik ade org kuat.., walaupon jumlah yg kene 9 je.. tp ok la kan dr xde :)

Habis ni kamiorg go to Nilai 3, again soklan cam siak + instruction pon join siak gak..!!!!!!!!!!
**Kamiorg jujur + bendol follow je la ape yg diberitahu = sume jawapan SALAH!! - GERAMMMM

Habis bertungkus lumus kat Nilai, destinasi seterusnya ke Alor Gajah kendian ke Masjid Tanah

Kat Masjid Tanah nih kne submit soklan dr Nilai 3 hingga ke Masjid Tanah + Kne mkn cendol 10 mangkuk!
huhu.., da la kami perempuan ayu yg x burok lantah pastu kne mkn 10 mangkuk... Ya Allah telan je la
Sume mkn sorang 2 mangkuk da mengah naseb baik bos kami : Mr Jimmy Loh & Darrel nk tolong abis kan 2 mangkok lagi lau x mau kami pengsannnn! 2 pon mereka tolong pasal mereka kate kamiorg da tnjuk jln kat mereka.. haha.. (what u give u get back rite? :))

Habis sessi di Masjid tanah terus ke Jonker Walk di Bandar Melaka Raya
Rase2 kamiorg team ke dua or ketiga.., upenye kat sini da ramai lahhhh... yg dr td x nmpak langsung kat sini da ade.. oh apekah???? huhu
So kamiorg kne kerah keringat..! sume lari2 kehulu kehilir ade plak yg nk men tukar2 jawapan.., x dpt nk bg lah kan sbb tu soklan terakhir meraka, kamiorg baru nk jwp soklan pertama...TIDAK2!
yg awesome nye... :) kiteorg je yg jumpe RED FOX!! Yeahhhh!! cayala kn? kn? kn? dpt ls extra 5 marks :)
habis episod kamiorg berdrama, berlari2 kt Jonker Walk tu kamiorg pon strait to last check point : Our Hotel (ontah ape tah name hotel tu.. hehe lupe

Kamiorg team ke-4 smpai.. Hahah mmg BEST3.. :)

da tu start la tnye2 jawapan gn team lain.., ermmm.. dlm ati da tau da kalah tp lantak la janji kami ENJOYYYYY!!!!
 


** Gambar dr Nilai 3 sampai ke Hotel x sempat snap sbb : memasing bz nk menang to kalah gak.. huhu :(

Ha da abes edisi Treasure Hunt ni + kamiorg kalah :( - kini enjoy lak edisi kamiorg melawat Melaka :)

Malam Hari : River Cruise Melaka 
Bayaran unt seorg : RM10

Mmg sesuai + best nek River Cruise mlm2.. santek!!!!!
Enjoy below pic :)






Siang Hari : 1) Menara Taming Sari
Bayaran unt seorg : RM10

X bule kate ape2.., only 1 word : BEST!!!
Enjoy below pic :)


Kami di dlm :)
Pemandangan dr atas : MENARIK SGT!!

Siang Hari : 2) Muzium Samudera
Bayaran unt seorg : RM3

Nothing to say just Enjoy Below Pic!


Ziana
Laily
Suzie
Awin
WE..!!
Abis da p tmpat2 yg kamiorg nk.., kamiorg pn gerak balik.. sempat gak nek beca walau dkt :)

gmbar mereka je.., aku gan ziana x de pn :(


Lama meyepi... :)

Allowww... hehe lame da x menjeguk blog nih..., mklum la da ade ank :) ssh sikit nk curi mase menulis + opis kedek xmo bg tenet :(

Lame da x menulis jd nye banyak la harus dia update dr Nov till da nk end Dec ni kan..
moh le bace slow2..

EnJoYY Oulsss...

*SyoK sndiri kunun2 ade yg nk bace lettuw.. Hahaha..**

Saturday 3 November 2012

Sebulan Berlalu...

Ape yg berlalu?? ^_____^
Ekekekeh... sebona ei da genap sebualan aku jage Iman
anak buah aku yg telah diupgrade kepada ank angkat aku..

Mmg mecabar, tapi sgat seronok + best!!!!!!
Kalau time keje 2 nk balik cepat je sbb nk main2 gan dia..
Dia mmg manja sgt lg2 gan encik usben a.k.a babah dia
Babah dia pon lau time Iman 2 balik kg a.k.a umah Mama dia mula la x bole tido 
padahal kalola Iman 2 ade pon bukan dia bangun tgah mlm wat susu pon..
Aje ngegade dia lebih2 lak rindu kat Iman 2!

Now Iman da 7 bulan :)
Da nk time dia tumbuh gigi / jln / pandai wat bnde lain la..
dan mula la dia demam selang 2 mggu sekali..
tp demam biase je x de la kuat sgt demamnye..
tp lau time meragan letih gak la dibuatnye!

Lau camni la perasaan ade ank.., tiap2 taun besalin pon aku sanggup la!
MMG BEST SGT!!!!!!!!!!!

Time dia demam + selsema

Iman - 7 Bulan ^___^

JoMmm Derma darah ^__^

Alhamdullilah... ^______________^ 
Tahun ni da tahun ke dua aku p derma darah!
1st time 25 Nov 2011, 2nd time baru2 nih 18 Oct 2012
ni pon pasal PDN datang kilang, kalo x aku pon xtau mane tempat nk derma darah 2
Taun lepas ade la pusat beli belah Eaon adekan kempen derma darah., tp aku x layak taun lepas..
Tp alhamdullilah tahun ni dpt (walaupon dlm keadaan dtg bln :P) 

Kalau dulu aku takut sgt bab2 nk derma2 darah ni pasal aku TAKUT JARUM.., lau dengo iklan kt radio 2 mmgla aku sengih sorang2.., tp nw aku da berani (sikit la) ^__^
2 pon atas galakan & sokongan moral opismate2 yg budget aku ni pemberani sgt! (bukan mereka tau pon aku ni penakot sebenarnye ekekekekeh) 
Mase misi2 nk masukkn jarum kt aku pon mereka dgn semangat temankan aku, mmg best la opis2mate aku nih! Mcm tau2 je aku kne mgalih perhatian dr pk jarum yg beso 2 akan dicucuk kt tngan aku nih :) Alhamdullilah berjaya dan sekurang2nye aku dpt gak bantu org yg memerlukan kan?

Meh kt sini aku share pasal derma darah & faedahnye..
Derma darah - menyebutnya saja boleh menyebabkan mereka yang melakukan usaha murni itu tersenyum bangga, manakala yang lainnya mencebik kerana takut jarum `besar' digunakan. Malah fobia jarum itu merencatkan keinginan berkongsi darah bagi membantu menyelamatkan nyawa insan memerlukan.

Sudah terlalu banyak kempen dan peringatan disalurkan mengenai kepentingan menderma darah, namun tidak ramai yang menyedari kepentingannya sehinggalah diri sendiri mahupun ahli keluarga memerlukan bantuan darah berkenaan.

Darah yang diambil ini pula adalah jenis darah utuh (whole blood) yang daripadanya diperoleh pula sel darah merah, plasma, platelet, cryoprecipitate dan cryosupernatant. Darah jenis AB+, AB-, A+, A-, B+, B-, O + dan O pula diperlukan saban hari bagi menyelamatkan nyawa, sama ada untuk pembedahan, mangsa kemalangan atau untuk merawat pesakit leukemia, barah, penyakit jantung, penyakit hati dan hemophilia.

Malah, seorang penderma boleh menyelamatkan sehingga tiga nyawa. Menyedari kepentingan derma darah menghargai sumbangan penderma, tarikh 14 Jun pula dipilih sebagai Hari Penderma Darah Sedunia yang bertujuan mencetuskan gelombang' atau gerakan derma darah dalam kalangan masyarakat.

Bertepatan dengan tema kali ini `Setiap Penderma Darah Adalah Wira' sebagai menghargai usaha golongan yang ibarat wira tak didendang dan bermurah hati menderma kepada mereka memerlukan, selain menggalakkan orang ramai tampil menderma darah secara sukarela.

Namun, ketika lebih ramai mengaitkan usaha murni itu sebagai manfaat kepada penerima, tidak ramai pula yang menyedari pelbagai manfaat atau nikmat kesihatan yang diperoleh penderma apabila menderma darah.

Antara manfaat utama adalah melindungi jantung dengan mengurangkan tekanan oksidatif. Kajian Persatuan Perubatan Amerika Syarikat menunjukkan, derma darah dapat mengurangkan lebihan atau sisa zat besi dalam darah yang menyebabkan kerosakan sel dan tisu. Malah, peningkatan oksidatif itu amat membahayakan sistem kardiovaskular. Pengurangan ancaman sakit jantung akibat kerap menderma darah, boleh dilihat terutama bagi penderma yang tidak merokok.

Bagi wanita menopaus, paras zat besi meningkat kerana tiada haid dan bagi menyingkirkannya serta risiko sakit jantung boleh dielak dengan menderma darah.

Apa yang menarik, kajian itu turut mendedahkan, rutin menderma darah setiap enam bulan boleh mengurangkan serangan jantung dan strok kepada peserta kajian itu yang berusia antara 43 hingga 61 tahun.

Kajian kedua membabitkan 2,682 responden di Finland seperti dilaporkan dalam American Journal of Epidemiologi, mendapati, penderma lelaki yang melakukannya sekurang-kurangnya sekali setahun, mempunyai risiko 88 peratus lebih rendah serangan jantung berbanding bukan penderma. Kumpulan penyelidik sama dalam kajian susulan dilakukan, mendapati penderma lelaki juga tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit kardiovaskular. Ini menjadikan risiko serangan jantung kalangan penderma dapat dikurangkan sehingga satu pertiga.

* Sebanyak 450 ml darah diambil, iaitu kurang dari 1 pain (586 ml). Orang dewasa biasanya mempunyai lebih kurang 5 liter (10-12 pain) darah di dalam badan.

* Proses menderma darah ini akan mengambil masa 7-10 minit, tetapi anda dinasihatkan supaya berada di tempat menderma selama lebih kurang satu jam.

* Mereka yang layak menderma darah berusia 17 tahun ke atas (pengesahan umur diperlukan) dan mempunyai berat badan melebihi 45 kilogram. Pada amnya, pengambilan ubat tidak menjadi halangan untuk menderma darah kerana penerimaan dan penolakan berdasarkan laporan perubatan. Sekiranya anda mengambil sebarang ubat, sila maklumkan sebelum menderma darah.
 
Faedah derma darah:

* Menangani ancaman kanser Menderma darah membantu mengurangkan risiko kanser. Pusat Miller-Keystone Darah, mendapati pendermaan darah yang konsisten, dikaitkan dengan risiko rendah untuk mendapat kanser, termasuk hati, paruparu, kolon, perut, dan tekak. Tahap risiko semakin menurun dengan kekerapan pendermaan darah dilakukan penderma. Kaitan antara risiko kanser yang lebih rendah dan menderma darah juga mungkin berpunca daripada pengurangan tekanan oksidatif. Perlu diketahui, sebatian radikal bebas boleh merosakkan DNA dan kerosakan bahan genetik menjadi punca kepada ancaman semua jenis kanser.

* Meningkatkan pengeluaran sel darah merah baru Apabila darah `dikeluar' dari badan penderma, sel tertentu dalam darah akan menurun. Sebagai menampung kekurangan darah tadi, sel baru akan dihasilkan oleh tulang sum sum. Rangsangan itu menyebabkan darah baru yang dihasilkan, lebih segar.

* Membantu melawan hemochromitosis Hemochromitosis sejenis gangguan genetik, dikenali juga sebagai gangguan zat besi sarat, yang mana besi terkumpul dalam tisu badan lantaran metabolisme besi tidak sempurna. Keadaan ini boleh membawa kepada kerosakan organ.

* Membakar kalori - Individu boleh melakukan `diet' atau kekal sihat dengan kerap menderma darah. Satu pain darah, iaitu kira-kira 450 milimeter, apabila didermakan membakar sebanyak 650 kalori dalam badan penderma.

* Warga emas rasa lebih bertenaga - Ramai warga emas melalui pendermaan darah dan menjadikan badan berasa lebih selesa. Walaupun tidak dibuktikan secara jelas, tetapi ia antara sebab kenapa warga emas kini semakin kerap menderma darah.

* Tingkat tahap kesihatan - Kajian awal dari Jerman mencadangkan individu obes boleh meningkatkan tahap kesihatan mereka dengan menderma darah. Kajian itu mendapati orang gemuk dengan sindrom metabolik, mengalami penurunan tekanan darah, bersama-sama dengan perubahan lain yang dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung. Sindrom metabolik adalah koleksi gejala yang dikaitkan dengan penyakit jantung, termasuk gula dalam darah tinggi, tekanan darah tinggi, dan tahap rendah kolesterol `baik'. Sindrom ini dikaitkan dengan peningkatan risiko strok, penyakit arteri koronari dan diabetes Jenis 2. Rawatan utama adalah untuk pengurangan berat badan.

"Kebaikan menderma darah itu memungkinkan doktor mengesyorkan individu obesiti melakukan amalan itu bagi menurunkan tekanan darah dan risiko sakit jantung," kata penyelidik Pusat Perubatan Universiti Berlin, Dr Andreas Michalsen Charite.

* Ujian asas darah - Selain semua faedah penderma, ujian darah dilakukan sebelum menderma darah membantu orang ramai mengenal pasti mengalami penyakit seperti Hepatitis B, Hepatitis C, HIV, sifilis dan malaria. Penderma segera dimaklumkan jika mana-mana ujian ini didapati positif.

>>> JOP P DERMA DARAH UNT MEMBANTU MEREKA YG MEMERLUKAN ^_____^<<<

Wednesday 24 October 2012

Business baru @ fb ^________^

Hola sume.. ^____________^ (mood happy walaupon x dpt tido di jam ini)

Ini ari cume nk bgtau yg aku da melancarkan / menubuhkan / membuka 1 lg acc FB unt business ~
wat mase nih, takat2 brg2 D'Herbs je yg aku edarkan, brg lain insyallah akan meyusul.

Motifnye? saje suke2 nk belajar2 business online - jd wat mase ni cukup la fb dulu esok2 da pro baru wat blog ^_____________^

So kwn2 jop lawat2 ape yg ade dan nikmatilah disc sehingga 15% keatas setiap barang sempena pembukaan QASEH D'HERBS ^____^

**Promosi ini akan berlangsung dr 21 Oct 2012 sehingga 20 Nov 2012**

Sunday 14 October 2012

Big Thrill Challenge @ Skytrex Shah Alam


Haaaa.., cam best kan bunyi tajuk entry kali ni ^___^
Nk gtau ni.... tajuk & situasi mase tue MMG SUPERB BESTTTT ponn!!!
Hehe~ ni r xtvt aku weekend lepas @ Sabtu / 6 Oct 2012 bersame BFF aku lorh (Cik Qira) ^__^

Perasaan aku mase nk p naik bnde nih mmg teruja sgt, sbb mmg aku berimpian nk wat bnde2 xtreme cam ni, tp oleh kerana BFF aku nih semnjak 2mnjak nih baru terbuke hati nk wat bnde2 ni kan so baru la bole layan..., x kan aku nk wat bnde ni sorang2 lak kn?? hehe..
So let cekedaoutt ape yg kite org wat hari itu erk....

 Ni 1st Challenge.., nek tangga 2 yg tingginye 14m (lau x slah aku dngo r kan)
mase mule2 naik aku ok lg, lg2 negok Ira naik slambe je + laju jek.. aku pon ok je la... da sampai tngah2 mule r pelbagai perasaan timbul + mule la aku nk nages + nk turun..
Tp aku gagahkan gak smpai keatas sbb~ Ira bole x kan aku x bole kot!!! hehe SEMANGAT

2nd Challenge
yg ni x de r nk takut / segan sgt tp cm biase smpai tngah2 mule pk lau tali ni tekoyak cam ne (aku kn berat :( ) + kt tngah 2 aku nmpak tali2 yg da putus pastu diorg ikat2 je balik.. Huhu~ mmg seram..
Tp harusla success gak kan stage nih ^___^
3rd Challenge - panjat lg?? SERAM
wah bertambah keseraman aku sbb kne panjat tangga lg.., lau td dr aras tanah ok la kn.., ni dr aras puncak pokok?? Mmg gile!
4th Challenge
Ni la k cabaran ke-4.., ish3.. lau aku x kuat nih mau aku turun time 2 gak! Mmg challenges btol! Bayangkan lau pijak ujung 2 bnde tu terus terjongkit.. huhu~

5th Challenges
Yang ni haku syuke!!!!!!! 10 kali naik buat ni pon aku x kisah.. haha
6th Challenges
Yg nih mmg TAK la aku nk buat kn.. hehe berat bdan canggini HARUS la aku skip dr wat bnde ni kan.., kang x pasal2 kebawah plak aku.. So aku mempergunakan la shortcut yg disediakan (Flying Fox - peberet aku lg pon kan.. Hehe~) Si Ira je yg buat bnde ni pasal badan dia kecik jd dia bole la, len kali lau aku da berjaye kuuskan + kurangkan berat badan bole la aku wat plak ^____^  Tapi persoalannye... bile la msenye erk?? Huhu~

7th Challenges
Yg ni pon aku skip & guna shortcut yg same gak.. Hohoho.. Takut der!

8th Challenges
Yg ni da x de shortcut2 da kne redah gak! Tp x de r seram cam dua cabaran sebelom ni kan ^___^

9th Challenges
 Da kene turun plak.. Hoho~

10th Challenges
Nmpak x kayu2 tue??? Ni cabaran yg hampir2 nk akhir la ni.. So kne redah lau x camne nk balik kn. Redah punya redah sekali dia akhir2 aku nmpak 1 kayu yg hampir2 repuh tp x de pilihan kne gak pijak sbb jarak antara satu2 kayu tu agak jauh gak.., aku pijak kat area tali.. Huhu mmg nebes!

11th & last Challenges ^___^
Yeahhhhhh finally smpai gak aku ke penghujungnye.... ^______________________^

Ira naik dulu di awal cabaran tp aku yg abes dulu sbb aku ikot shortcut :)
Baru smpai tanah aku da pk nk pusing 1 round lg :) TP x boleh sbb bayo RM45 unt 1 pusingan sahaja.. tp sikitnye cabaran dia.. tak thrill lah! Hoho~
Nk plan gan Ira nk try Extreme Challenges plak lps nih :) Enjoy our pic below ^______^
eh lupe nk gtau :: Pic2 kat atas nih bkn pic kiteorg sbb kiteorg x pegang camera pon time wat bnde ni, pic2 ni aku songlap dr photo galary FB Anuar Rahman (Logistic Exec kt kilang aku - w/o permission dia tau nih ^__^)

Nw, enjoy negok gmbo kiteorg sebelum & selepas (mase tgh x de pon) mejalani cabaran2 diatas ^____^

wit peralatan segale
sementara tggu turn moh le kite beposing yek! ^__^
da selesai nk senyum pon x larat - sbb rase takot x hilang lg

**smlm (19/10) Ira col tnye bile nk p lg.. ^______^ 
tggu je la aku col ko erk ra **
 




Friday 12 October 2012

Hadiah buat mereka..

Hola!!! ^_^ lame da x muncul disini..
Sejak2 da jage Iman ni mmg lorh aku kurang mase nk update blog ni.., bz gan ank la katekn :)
Haha~
Kali ni nk cite pasal kwn2 aku yg dpt hadiah sempena bufday diorg dr kami (Geng Boek!) taun lepas da meriah disambutkan besday gan kek., so taun ni kami decide bg hadiah lak ^_^
Taun depan ape lak erk?? Tgguuuuu kami org cr akal erk

Pembuka tahun baru seperti biase, Ijan a.k.a Kudut la perasmi segala majlis kan, dia je la paling spesal pasal dia mmg xkan tau ape2 rancangan unt taun baru kan... Besday dia disambut 7 February setiap taun~
Hadiah unt dia taun ni adalah...

Taddy Bear!!!! + Button ucapan dr Kami :)
 Selepas Kudut yg mengikuti dia adalah Kak Azian.., unt Kak Azian taun ni kami org bg kad ucapan gune jubin je.. tp x sempat nk amik gmbo pasal sume org bz time 2 :( syg skali..
Tp x pe taun depan tanggal 5 April kami org amik gmbo dia gan kezutan unt dia banyak2 ^_^

Sebulan selepas itu iaitu pd 9 Mei kami sambut lak besday Ayu.., hadiah mmg x siap nk prepare lg sbb mmg hadiah dia 100% handmade dr aku..
Dia yg terkenal gan sikap kuat sentap pon ape lg.., sentap la kn.. sebualn bole tggu lg da dekat dua bln dia pon da sibuk2 perli aku.. dia x tau aku pening pale nk siapkan dia nye hadiah 2.., tp aku cm biase la wat muke x bersalah je  ^_^
Yg jd mangsa kwn2 lain la tempat dia mencurah perasaan tak puas hati.. haha Hadiah dia aku bg time bg unt Kak Zai gan Fazini skali x mo da ade yg sentap.
Tp mase nk bg hadiah kt dia ni pon kami sengaje tmbah kepanasan hati dia gan cara...
Kiteorg bg hadiah pd Fazini & Kak Zai dulu., pastu wat muke clear siap nyanyi2 lg walaupon besday diorg da lepas tp sengaje nk membako la kate kan :) Mkcik 2 pon bertmbah hangin smpai x mo pandang kiteorg pon, dipanggil pon wat x tau je.., lepas 20 minit g tmpat dia baru bg hadiah dia.. negok2 dia da nages! x sangka hati tosu gak dia ni.. Sampai x mo amik gmbo..

nah Love Pillow! dia mmg suke bntuk2 love nih.. - tgok dia tutup muke pasal mase ni air mate da jatuh :P
Pd hari yg same kiteorg bg hadiah unt Kak Zai jugak., dia sepatutnya diraikan pd 26 June tp sbb kesibukan aku mase 2 x sempat nk baut unt dia. motif aku bg dia brg ni sbb dia suke sgt gune jenis2 brg ni tp yg dpt free punye 2.., pastu x glame langsung.. Jd kami sepakat nk jdkan brg dia ni glamer.... ni r hasilnye :)

Tote Bag!! beg ni je la yg dia usung kehulur kehilir skrg.. ^_^

Hari ni jugak Fazini dpt.... dia nye besday 12 July tp mcm aku ckp td la x sempatkan.. hehe
Mmg la dia sgt suke pasal dia mmg peminat setia binatang nih ^_^

Angry Bird pillow!! senyum smpai telinge je dia dpt mnde ni kan..??
Takat ni je hadiah unt mereka., tinggal Suzie je bln 11 nt.. tp smpai sekarang x pk lg brg ape nk bg kt dia :(
Pd korang2 yg diatas., maaf ye lambat2kan hadiah korang kekangan waktu yg buat jd cam ni tp hadiah korang mmg de'Bomb kan?? Walau x cantik mane.., mklom la amatur :)

So skrg pk2 hadiah ape nk bg budak ni..
Suziehana a.k.a Boek!
Sementara 2 jop layan kiteorng nye gambo gan brg2 hadiah yg diberi pd 28 September lalu..
**Kak Zai x de sbb dia Exec kol 3 kne p meeting, time mereka meeting 2 la kiteorng snap gmbo ni 2 pasal dia x de.., dia kate soh masokkn gak gmbo dia dlm ni.., tp cam ne??**

 

bile disuruh candid.....
ni la hasilnye
.
.
.
.
.
.
 ade lg
.
.
.
.
.
.
BUROKKKKK!!!!!!!!!!!!

**tgah pk ape bnde yg mereka nk bg aku erk..., aku da bg diorg cuti mase besday aku ari 2.., bkn takat diorg je 1 Malaysia dpt cuti smpena besday aku.. ^_^**